Ahad, 6 November 2016

MAJLIS RAMAH MESRA DAN PENGHARGAAN SERTA DERMA KEBAJIKAN JAPTIM 2015



 MAJLIS RAMAH MESRA DAN PENGHARGAAN SERTA DERMA KEBAJIKAN JAPTIM 2015

 

Jasa Pengetua dan Timbalan Pengetua Yang Bersara Dihargai

Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad 
Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Al
Sunday, 08 November 2015 06:38

Pelita Brunei 

Ketua Pengarah Pendidikan, Awang Haji Abd Rahim Bin Derus hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Ramah Mesra dan Penghargaan Serta Derma Kebajikan Jawatankuasa Pengetua dan Timbalan Pengetua (JAPTIM)


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 November. - Majlis Ramah Mesra dan Penghargaan serta Derma Kebajikan Jawatankuasa Pengetua dan Timbalan Pengetua (JAPTIM) adalah untuk menghargai sumbangan dan jasa bakti pengetua dan timbalan-timbalan pengetua yang telah bersara (sama ada yang sudah bersara atau yang sedang dalam cuti bersara wajib) dan juga yang berpindah ke jabatan lain mahupun ditempatkan di pejabat Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.

Dengan adanya majlis seumpama itu mampu menjadi wadah untuk
semua bertukar-tukar fikiran dan idea-idea dalam bidang kepimpinan, pengurusan, persiapan dan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi sekolah / maktab masing-masing.

Di samping itu juga, dapat membudayakan sistem kolaborasi di antara semua pemimpin melalui perjumpaan , di mana natijahnya akan dapat memberikan satu pengalaman baru yang perlu dilestarikan yang akan memberikan impak yang lebih efektif dan berkesan jika peralihan paradigma diambil serta dipraktik secara pemikiran yang terbuka atau positif.



Antara yang hadir pada Majlis Ramah Mesra dan Penghargaan Serta Derma Kebajikan Jawatankuasa Pengetua dan Timbalan Pengetua (JAPTIM)
 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Seasons Restaurant, Centrepoint Hotel di Gadong ialah Ketua Pengarah Pendidikan, Awang Haji Abd Rahim bin Derus.
Pada majlis itu, seramai 24 pengetua yang berpindah dan timbalan pengetua yang dinaikkan menjadi pengetua serta para pegawai yang bersara dan berpindah ke tempat bertugas yang baru telah diraikan.
Majlis diselajurkan dengan acara penyampaian derma kebajikan JAPTIM oleh tetamu kehormat kepada ahli JAPTIM yang telah kehilangan keluarga seperti suami, isteri atau ibu bapa.



Pelita Brunei  

JAPTIM 2016-2017 Work Plan Seminar





 JAPTIM 2016-2017 Work Plan Seminar

THE BRUNEI TIMES
Secondary schools commended for exams
Thursday, October 22, 2015 
By   Amanda Yap




Acting Director of Schools Zaman Hj Gapar (L) 
presents a certificate to one of the school principals
 during the JAPTIM 2016-2017 Work Plan Seminar 
at the Sengkurong Sixth Form Centre.


BANDAR SERI BEGAWAN

TWENTY-FIVE government secondary schools were yesterday awarded certificates of appreciation for their results in the 2014 Brunei-Cambridge GCE O and A Level exams.
Seven government secondary schools classified as Category One “Performing Schools” were honoured for achieving public exam results that were above the national target.

The schools were Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah College (Maktab Duli), Paduka Seri Begawan Sultan Science College (Maktab Sains), Pengiran Jaya Negara Hj Abu Bakar Secondary School, Pengiran Anak Puteri Hjh Masna Secondary School, Sufri Bolkiah Secondary School, Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) and Sayyidina Hasan Secondary School.
Ten Category Two “Progressing Schools” also received recognition for achieving better results of five per cent and above in 2014 compared with 2013.
An additional eight government secondary schools also received certificates for improved results last year compared with 2013 and were deemed Category Three “Promising Schools”.Acting Director of Schools Zaman Hj Gapar presented certificates of appreciation to the schools’ principals during a work plan seminar for school leaders at the Sengkurong Sixth Form Centre.

According to the Ministry of Education (MoE), the schools were selected based on a number of criteria that were jointly determined by both the Department of Schools and the Committee of Principals and Deputy Principals from Government Secondary Schools (JAPTIM). A total of 6,844 students sat for the GCE O level exams last November while 2,797 sat for the GCE A level exams. The sultanate has 35 government secondary schools.

 ____________________________________________________________________



Seminar focuses on exam results
Thursday, October 22, 2015 
 Amanda Yap

 
Some of the school leaders attending the JAPTIM 2016-2017 Work Plan Seminar listen to a speaker.
BANDAR SERI BEGAWAN

MORE than 100 school leaders yesterday convened for the first day of the Principals and Deputy Principals from Government Secondary Schools Committee (JAPTIM) work plan seminar aimed at improving Brunei-Cambridge GCE O and A Level exam results in the country.
The two-day seminar at the Sengkurong Sixth Form Centre is part of a work plan that aims to see government school students achieving a 60 per cent rate in getting five O levels and above and a 70 per cent rate in getting three A levels and above in 2017.
JAPTIM Chairman and Rimba Secondary School Principal Hj Malai Shah Eran Syed Hj Yussof said the seminar aimed to provide a clear direction for all school leaders on the Ministry of Education’s aims and target for 2017 and onwards.
Participants will also be able to review and re-emphasise their roles to improve the performance of their schools by centering on the designated five focus areas as well as use the seminar as an avenue to work collaboratively in developing effective strategies and programmes towards achieving the O and A-Level targets.
Following the seminar, every school leader is expected to submit a sound work plan for effective implementation to their respective schools which will enable the alignment of the schools’ programmes and strategies with the MoE’s programmes and initiatives, he said.
Hj Malai added that a book called ‘Success Stories Revealed’ will also be given to all school leaders at the end of the seminar which contains reports from performing schools in 2014 for their reference.
“School leaders are the agents of change. They (bring) changes to their respective schools with purpose; that is to improve the performance of the school to the desired target,” he said.
“(This seminar) is all about the students – the bar is raised to a level recognised by the MoE, and we are here to close the gaps to achieve better.
“Thus, we school leaders are responding to the MoE’s priority on putting ‘students’ matters above all’ and the slogan ‘Raising the Bar and Closing the Gap’,” Hj Malai said.
MoE Acting Director of Schools Zaman Hj Gapar urged school leaders to always think of research and improve strategies for internal evaluation at their schools by implementing adjustments to improve the quality and standard of internal evaluations.
He also urged them to carry out “work-reviews” and “target setting” from time to time to continuously improve their quality of performance and to strengthen skills and knowledge in observation and feedback processes to improve teachers’ performances.
He also reminded school leaders to enhance parental involvement in students’ learning through Parent-Teacher Association activities as well as systematic and purposeful meetings.
As part of the seminar, two keynote addresses were delivered by Universiti Brunei Darussalam (UBD) Director of Institute of Leadership, Innovation and Advancement (ILIA) Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati Hj Tajuddin and UBD Dean of Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education (SHBIE) Dr Jainatul Halida Hj Jaidin.
The MoE Director of the Inspectorate Department Tan Lian Lian also conducted a sharing session before additional sharing sessions on effective leadership practices and strategies among the seminar participants took place.

The Brunei Times

...........................................................................................................................................


Tingkat keputusan menjelang 2017

Pelita Brunei 
Oct 22, 2015
Oleh Abdul Rahim Haji Ismail


BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Okt – Pengetua, timbalan pengetua serta ketua kluster sekolah menengah kerajaan disyorkan supaya sentiasa berusaha memahami dan menjiwai kelima-lima bidang fokus yang digariskan Kementerian Pendidikan.

Bagi mencapai matlamat tersebut, kepimpinan, pengajaran dan pembelajaran, kehadiran dan faktor sosial, akauntabiliti dan pengurusan, selain prestasi serta pemboleh berjalin (Cross Cutting Enablers) merupakan elemen yang amat penting dalam memberikan panduan kepada semua pemimpin sekolah untuk mencapai sasaran Kementerian Pendidikan.

Faktor-faktor ini merupakan sasaran bagi peringkat sekolah rendah dan menengah yang ditetapkan kementerian tersebut dalam usaha merealisasikan hasrat Wawasan 2035 iaitu sekurang-kurangnya 90 peratus murid mencapai gred A hingga C, 60 peratus pelajar mencapai sekurang-kurangnya 5 ‘O’ Level menjelang 2017.

Saranan itu dibuat oleh Pemangku Pengarah Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Zaman bin Haji Gapar pada majlis perasmian Seminar Pelan Kerja 2016-2017 yang diadakan di Pusat Tingkatan Enam Sengkurong, hari ini.




 Tetamu kehormat (tengah) bersama Haji Malai Shah Eran.




  Awang Zaman menyampaikan anugerah kepada pengetua sekolah yang berjaya.  




  Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati menyampaikan ucaptama seminar. 

Lebih 70 orang  pengetua, timbalan pengetua dan ketua kluster dari lebih 30 sekolah menengah kerajaan seluruh negara menghadiri seminar dua hari yang dianjurkan bersama oleh ahli Jawatankuasa Eksekutif Jawatankuasa Pengetua-pengetua dan Timbalan Pengetua Sekolah Menengah dan Maktab Kerajaan Negara Brunei Darussalam (JAPTIM) dan Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif JAPTIM 2015-2017, Haji Malai Shah Eran bin Syed Haji Yussof, Pengarah Institut Kepimpinan, Inovasi dan Kemajuan (ILIA), Universiti Brunei Darussalam, Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Pengarah Jabatan Kenaziran, Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan (Korporat) dan Pemangku Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan (Profesional).

Seterusnya, beliau menyarankan para pentadbir yang hadir memikirkan, meneliti dan memperbaiki strategi-strategi penilaian dalaman sekolah dengan melaksanakan penyelarasan bagi meningkatkan standard dan kualiti penilaian dalaman.

Awang Zaman mencadangkan supaya dilaksanakan penyemakan tugas dan menentukan sasaran pencapaian dari satu penilaian ke penilaian seterusnya.
Beliau mahu pemimpin sekolah memperkukuhkan lagi kemahiran dan pengetahuan dalam pencerapan serta maklum balas yang dapat meningkatkan prestasi pengajaran guru dengan mengadakan sesi penerapan yang sistematik.

Akhir sekali, beliau turut menyarankan supaya pihak sekolah dapat mempertingkatkan lagi pembabitan para ibu bapa dalam pembelajaran pelajar melalui aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) serta sesi perjumpaan yang sistematik dan terarah.

Ujarnya, matlamat Jabatan Sekolah-sekolah dalam memastikan kejayaan para pelajar adalah sejajar dengan slogan Kementerian Pendidikan, iaitu ‘Raising The Bar And Closing The Gap’, harus dijunjung dan dijadikan inspirasi oleh semua pemimpin sekolah.

Sehubungan itu, katanya seminar tersebut dirangka untuk memberikan hala tuju yang jelas kepada semua pemimpin sekolah supaya dapat bekerja secara kolaboratif agar mencapai kejayaan dalam peperiksaan GCE ‘O’ Level .

Para peserta Seminar Pelan Kerja itu juga diharap dapat mengenal pasti amalan-amalan pendidikan dan strategi yang berkesan dalam penghasilan satu pelan kerja yang berkesan, sekali gus mampu merealisasikan usaha untuk mencapai sasaran 60 Peratus 5 ‘O’ Level dan 70 Peratus 3 ‘A’ Level menjelang 2017.
Majlis turut diselajurkan dengan upacara penyampaian tiga kategori anugerah, iaitu Anugerah Sekolah Cemerlang kepada sekolah yang berjaya mengekalkan prestasi keputusan peperiksaan di kumpulan lima sekolah terbaik buat beberapa tahun dan mengekalkan tahap pencapaian di atas sasaran kebangsaan.
Seterusnya, ialah penyampaian Anugerah Sekolah Berkemajuan kepada sekolah yang telah mencatatkan peningkatan lima peratus atau lebih dalam keputusan peperiksaan berbanding pencapaian terdahulu pada 2013.

Manakala kategori ketiga ialah penyampaian Anugerah Sekolah Harapan kepada sekolah-sekolah yang telah berjaya memperbaiki keputusan peperiksaan yang mereka raih pada 2013.



 Pelita Brunei